Thursday 9 June 2011

Maaf!! Aku Terpaksa Mencampuri Urusanmu !

jadikan sikap saling nasihat menasihati itu sebagai sesuatu yang positif,terimalah setiap teguran yang diberikan dengan baik dari seorang kawan,walaupun kadangkala ia menjadi sesuatu yang kita tidak sukainya tetapi ia sebenarnya adalah untuk kebaikkan kita.


perbualan diantara si B dan A


Si B:Berubahlah dirimu wahai sahabat.aku sedih melihatmu seperti ini.

si A:Jika sudah sampai serunya aku bertaubatlah,nanti2 sajelah hidupkan masih muda,chill la..

si B:Seandainya ajal itu yang menjemputmu dulu? kemudian baru seru mu datang bagaimana??


si A:Apakah maksudmu sahabatku??


si B:maksudku adakah dirimu juga akan mampu menjawab seperti itu sedang izrail datang untuk mengambil nyawa?? 


seperti ini? >> ”tunggu2!!jangan ambil nyawaku lagi, sebentar aku baru ingin brtaubat!berikan 1 minit saja padaku!!,apabila diri didalam keadaan datangnya izrail..dirimu tidak akan mampu berpatah semula sahabatku,.ingatlah..

si A:Jika benar dirimu sayang padaku mengapa engkau menghalangku untuk berseronok??

si B:subhanallah..bukan tujuanku untuk menghalangmu tanpa sebab yang munasabah..

si A:buktikan!jika dirimu benar!

Si B:ya Allah..sahabat..,jika diriku tidak menyayangimu akanku biarkan dirimu terus melakukan maksiat,dan terus membiarkan dirimu didalam keadaan yang tidak diredhai Allah tanpa sebarang kesedaran yang engkau dapat.

Si A:Ahh!!!dirimu tidak perlu campur akan urusanku!!!dirimu tidak berhak untuknya!!

Si B: ya Allah..,aku menyayangimu sahabat,kerana ia telah menjadi sebahagian dari tugasku

Si A:Apakah maksudmu????

Si B:Jika aku tidak mencampuri urusanmu tahukah engkau aku juga akan disoal dikubur kelak mengenai perkara ini,ke neraka jugalah tempat yang akan aku duduki, kerana aku tidak pernah ingin menyedarkanmu untuk ke jalanNya, aku adalah seorang sahabat yang mementingkan diri!aku adalah seorang sahabat yang tiada gunanya!!kerana aku kononnya hanya ingin ke syurga seorang diri tanpa membawamu sekali!kerana aku tidak mahu menjadi seorang sahabat seperti itulah aku melakukan ini!!tiada gunanya jika  hanya ingin melepaskan diri sendiri! akhirnya memakan diri.Apa yangku harapkan..dirimu mampu menerima setiap teguran sahabat.Jika diriku ada silap dan salah dipersilakanlah untuk menegurku juga. 
Sahabat...marilah kita bersama-sama menuju keredhaan-Nya!marilah kita mengejar cinta-Nya!jauhilah  kemurkaan-Nya!!,pimpinlah diantara satu sama lain,agar sentiasa  kukuh dijalanNya.:),

2 comments: