Monday, 4 April 2011

Bagilah Peluang Pada mereka

        Bukan senang untuk seseorang melakukan perubahan dari negatif  kearah  positif.Jika seseorang ingin berubah kearah positif apa salahnya berikanlah mereka dorongan yang kuat agar mereka lebih bersemangat untuk berubah,jangan la pulak kite nie makin mnjatuhkan smngatnye tup tup dah kembali pda asal semula Nobody perfect".Berilah mereka peluang,biasalah setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan melalui kesilapan itulah kita belajar,belajar dan terus belajar.Masa silamlah yang akan mengajar kita dalam erti kata untuk mnjadikn kehidupn itu semakin matang.'."we learn from the past".
       Apabila kita nampak seseorang itu masih lagi didalam kejahilan janganlah kita hina dan keji dia,sebalikny kalau  kita ada upaya utk menasihatkanny, nasihatknlh dgn penuh rasa kasih syang ssama Islam. Kalau xbrupayA doakanlah mereka agar diberi petunjuk oleh Allah. Allah itukan Maha pengampun dan penyayang.:)Hidup kita ni xboleh pentingkn diri sndiri je k.Kita kena saling nasihat menasihati.Kalau kawan kite buat slah kite tegur begitu jugk kalau kite salah kawan pulk tegur.Tapi janganlah sampai kita asyik tegur orang tpi bila orng tegur  balik,dah melenting..ishq..,huhu..Kalau rse sayang sesama muslim tegur-tegurlh ye.^_<.klu iffah lupe or buat silap jngn lupe nasihat jgk k.^_<.

Wednesday, 12 January 2011

Ujian adalah Kebaikkan untukmu

 Pernahkah sahbat merasa sedih dn brputus asa melalui ujianNya?.wahai sahabatku sekalian,jngn biarkan perasaanmu itu menghantui kehidupanmu,apa yg perlu dilakukan adalah buanglah rasa kekecewaan itu ,iaitu yg membawa perasaan sahabat terus kearah kesedihan.Wahai kawan2ku syng ingatlah Allah lah yang akan mengisi kesepianmu!hanya Allahlah yng mampu mngubati kekecewaan di hatimu.,ingatlah sahabat..Allah akan menguji seseorang itu adalah mengikut kemampuannya .Seberat mana pun ujian yang melanda dirimu tabahkanlah untuk menghadapinya kerana Allah itu maha penyayang.Jangan pernah dirimu mempersoalkan akan kesusahan yang engkau lalui ,sedarlah..sahabat..Allah sengaja untuk menguji hamba2nya melalui sebuah kesusahan dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan,itu semua kerana apa???ya!itu adalah untuk melihat sejauh mana keimananmu pada Allah mampu bertahan.Ujian yang ditempuhi sememangnya berat tetapi percayalah setelah kita berjaya melepasinya, nikmat yang kita akan rasai cukup indah!.Air mata yang menitis itulah yang akan membantu dan menyedarkan kita semula.bergembiralah dan Bersyukurlah..kerana Allah masih menyayangimu kerana tidak terus membiarkan kamu terus leka dan alpa.

Beruntunglah seseorang itu jika diuji dengan kesusahan.Jika kesusahan itu membuatkan dirinya ingat pada Allah.Berbanding orang yang diuji dengan kesenangan yg ditenggelami kemewahan hidup sehingga mereka mnjadi alpa,sombong dan bongkak akan segala yg mereka miliki. sehingga mereka melupakan Allah s.w.t.Ingatlah sahabat berbaliklah pada tujuan asal manusia dihidupkan.Tujuan asal kita dihidupkan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyembah  Allah.Laksanakanlah tugasmu sebagai seorang hamba Allah dimuka bumi ini dan sedarlah kita hanyalah insan yg kerdil dan lemah.

Thursday, 25 November 2010

KASIH-MU HAKIKI.


 Assalamualaikum sahabatku, Kasih-Mu Hakiki  merujuk kepda kekasihku iaitu Allah dn bukanlh ditujukn kpda hamba Allah.Ya!hakiki itu pula bermaksud yg kekal,kirenye..cinta Allah adalah cinta yang kekal untuk selama-lamanya ,tdk sprti cinta manusia yg sememangny akn pudar dn tdk kekal .Nama ni btul2 mmpunyai makna yg mendalam bgi diri  ,cukuplah Allah!bgi ku...:),Andai ditakdirkn menemui seseorang biarlah  cintanya  kerana Allah .Biarlah cinta itu diredhai Allah.Ya,pengalaman yg lalulah yg membimbingku  untuk berdiri sehingga kini.Cukuplah membazirkan air mata untuk sebuah cinta yg tiada kepastian.Daripada kita bazirkanny untk manusia lebih baik kita bazirkn air mata untk muhasabah diri semula.Tiada istilah"COUPLE"dlm hidup lgi selepas ni.Couple itu haram!walupun tidak melakukan apa2,zina hati tetap berlaku!bukankah itu mndekati zina?ya!sebab itulah diharamkn oleh islam.Alhamdulillah akhirnya Allah membuka hati supaya meninggalkan alam bercouple ni.Dalam sedar atau tidak jika seseorang itu bercouple percayalah!Dihatinya bukan Allah ditempat pertamanya tetapi kekasihnya!,ya!mulut mengatakan tidak!tetapi hati tidak mampu menipu,Allah maha mengetahui.

   Kehidupan seharian kita adalah penentu kepada pasangan kita kelak.Kita akan menjumpai seseorang yg seperti kita juga.(sekufur).Andai kita jahat..jahatlh yg kita dpt,andai kita baik..baiklh yg kita dpt,Buatlh yg terbaik dalam kehidupan seharian agar kita mendapat jodoh yg baik2.Insyaallah...

  Ya Allah..aq bermohon padaMu..jauhilah aq dari kemurkaan Mu,aq mohon perlindunganMu agar kuatkanlah hatiku.Ya Allah..Jagalah diriku untuk orang yg bakal mnjadi pemimpinku kelak.Ya Allah aq amat merinduinya Ya Allah.Ya Allah..jagalah hatinya agar tidak berpaling dari hatiMu,Ya Allah bantulah dirinya dalam mencari ilmuMu Ya Allah,agar bertambah kekuatannya untuk mencintaiMu,kuatkan imannya dari godaan duniawi,Ya Allah bantulah diri ini juga untuk mnjadi yg terbaik Ya Allah,bantulah hambaMu yg lemah ini agar sentiasa dijalan yg engkau redhai.Jika aq terleka sedarkanlah aq..agar aq tidak berada terus didalam kejahilan.Terima kasih ya Allah!:D Alhamdulillah..segala pujian bagiMu ya Allah.

Jom couple dengan Iman?=p.Jom kawan2!! kita sama2 mengejar cinta Allah,:),jom tingkatkan keimanan!tinggalkanlh alam bercouple kembalilah semula Allah,Masih belum terlambat wahai sahabatku untuk dirimu berubah,bukankan Allah itu maha pengampun ?.,:)Menangislah kerana Allah..bazirkanlah air mata biar kerana Allah.Jika kita menangis kerana Allah..air mata yang kita curahkn tidak akn pernah rugi sebaliknya mmberikn kita manfaat di akhirat kelak kerana air mata itulah yang bakal menolong kita.:)Cukuplah Allah yg melindungiku,cukuplah Allah yg mmbahagiaknku,cukuplah Allah mndngar keluh kesahku.cukuplah Allah!disisiku!Allahuakhbar!!:)


Biodataku

  •   iffah Amirah bt Roslee Noor