Sunday 26 May 2013

Berubah Biar Kerana Allah.

   
     Assalamualaikum pada awak2..sekalian moga dirimu sentiasa didalam keadaan diredhai Allah ye.^_<.Kali ni iffah nak berbicara tentang perubahan.Seperti sedia maklum setiap insan berhak untuk membuat perubahan dalam hidup mereka ke satu level yang lebih tinggi.Betul tak?:)Setiap insan juga berpeluang besar untuk mencapai perubahan positif untuk diri mereka sendiri.Rugilah kalau kita sendiri tak berusaha untuk kearah kebaikkan.Allah bagi kita peluang banyak tapi kita pulak sia2kan.Indah tau perubahan ni sebab ia dapat mendidik hati untuk sentiasa istiqomah supaya menjadi seorang hamba yang lebih baik disisi Allah.

    Istiqomah ni penting sebab tanpa istiqomah perubahan hanya bersifat sementara sebab tu lah pentingnya kita berubah kerana Allah.Tiada gunanya kalau kita berubah sebab seseorang .Ia hanya mendidik hati untuk menjadi hipokrit,hasilnya kita hanya menyeksa diri .Memang b***h kalau berubah sebab seseorang ni sebagai contoh..berubah kerana kekasih.Selepas tu clash..lepas clash..jadi diri asal balik sebelum buat perubahan dulu.Samalah jugak kalau kita hanya mahukan puji-pujian dari                

orang sekeliling.Nauzubillahminzalik!moga kita terhindar dari semua ni.Sanggupkah kita permainkan diri dan Allah dengan cara perubahan yang sebegitu?.Kesiankan..padahal Allah lah yang layak dijadikan sebab kepada sesuatu perubahan itu.kalaulah semuanya kerana Allah..iffah pasti!perubahan itu pasti berkekalan!.
    Jadi sila betulkan niat anda sekarang..masih belum terlambat untuk kita perbetulkan apa yang tidak betul.:).Selamat melakukan perubahan dalam diri.tata..^_< <3



     

No comments:

Post a Comment