Monday 27 May 2013

Wahai putera cinta syurgawi

Ku tulis bait ini dalam rangkaian malamku yang panjang
Ku ungkap getar ini dalam ragu yang tertahan…
Untukmu seorang ikhwan yang tak juga kunjung datang…
Aku sabar menunggu kehadiranmu penuh ketaatan.

Wahai insan yang tidak ku tahu ada dimana
Teruskan berdakwah bersama panji Illahi
Gigih bersama mengapai cinta Illahi
Untuk sampai ke destinasi hakiki

Wahai sang perwira ketua gagah perkasa
Engkau mengetuai satu dunia
Mengarah arahan penuh ketegasan
Sebagai Jihad ke jalan kebaikkan

Wahai putera cinta sejati dikalbu
Jauhi aku kukuhilah imanmu,
Jangan engkau melalaikan hati dari mengingatiNya
Agar dapat kau tawan segalany iman menjadi milikmu

Wahai imam syurgawi..lupakanlah tentang diriku
Ketahuilah aku wanita asing bagimu,
Teruskan jalanmu..mengejar cinta Allah
Kerana aku juga berusaha yang sama
Mari berjuang melawan nafsu
Untuk memenuhi iman di dada hati

Cukuplah di dalam sujud cinta yang suci,
.Diiringi doa penuh kerinduan,
Hanya Allah yang maha mengetahui
Insyaallah kita berjumpa dijalan yang terindah
moga mimpi menjadi hakikat keredhaan
Assalamualaikum..dariku untukmu.<3

By > iffah 





No comments:

Post a Comment