Assalamualaikum pada awak2..sekalian moga dirimu sentiasa didalam keadaan diredhai Allah ye.^_<.Kali ni iffah nak berbicara tentang perubahan.Seperti sedia maklum setiap insan berhak untuk membuat perubahan dalam hidup mereka ke satu level yang lebih tinggi.Betul tak?:)Setiap insan juga berpeluang besar untuk mencapai perubahan positif untuk diri mereka sendiri.Rugilah kalau kita sendiri tak berusaha untuk kearah kebaikkan.Allah bagi kita peluang banyak tapi kita pulak sia2kan.Indah tau perubahan ni sebab ia dapat mendidik hati untuk sentiasa istiqomah supaya menjadi seorang hamba yang lebih baik disisi Allah.
Istiqomah ni penting sebab tanpa istiqomah perubahan hanya bersifat sementara sebab tu lah pentingnya kita berubah kerana Allah.Tiada gunanya kalau kita berubah sebab seseorang .Ia hanya mendidik hati untuk menjadi hipokrit,hasilnya kita hanya menyeksa diri .Memang b***h kalau berubah sebab seseorang ni sebagai contoh..berubah kerana kekasih.Selepas tu clash..lepas clash..jadi diri asal balik sebelum buat perubahan dulu.Samalah jugak kalau kita hanya mahukan puji-pujian dari
orang sekeliling.Nauzubillahminzalik!moga kita terhindar dari semua ni.Sanggupkah kita permainkan diri dan Allah dengan cara perubahan yang sebegitu?.Kesiankan..padahal Allah lah yang layak dijadikan sebab kepada sesuatu perubahan itu.kalaulah semuanya kerana Allah..iffah pasti!perubahan itu pasti berkekalan!.
Jadi sila betulkan niat anda sekarang..masih belum terlambat untuk kita perbetulkan apa yang tidak betul.:).Selamat melakukan perubahan dalam diri.tata..^_< <3
Setelah lama menyepi akhirnya..muncul kembali.Sekarang ni..hampir genaplah setahun menghabiskan belajar di Unisel.Agak-agaknya lah kan....apa hala tuju korang sekarang?.Serius..yang iffah sekarang dah tak tau nak pergi mane dah.Sekarang diri ini hanya bergelar seorang enganggur..huhu..sudahpun berhenti kerja sebagai cashier dan kini telah tiba masanya untuk iffah bangkit dan mula serius untuk menghadapi cabaran hidup.Dah tak boleh main2 dah umur pun dah 22 tahun.makin lama makin tua bukan muda dah ;p.Lepas nie misi seterusnya..cuma nak minta keje secepat mungkin dalam bidang yang telah dipelajari.Tapi biasalahkan..sekarang ni nak cari keja dalam bidang kita sendiri memang susah,yelah..sekarang nie terlalu banyak persaingan.Tiap-tiap tahun pelajar graduate.Kalau tak tau ambik peluang..parahlah nak hidup zaman nie.T_T.Emm..nie adalah misi utamaku>>tak fikir apa2 dah..memang nk cari keje tetap,kumpul duit,n bantu.Tapi kalau boleh sebelum dapat keje tetap iffah teringin sangat2 nak pergi satu tempat ni yang dah lama sangat nk pergi belajar kt sana tapi mungkin ada hikmah kenapa diri ni masih xberskmptn untuk pergi.Tapi..satu hari nanti..aku TETAP akan pergi!:) xsabar nk pergi:).Iffah harap moga Allah permudahkan urusan untuk ke sana.Alangkah indahnya hati kalau hajatku tercapai.Syukur alhamdulillah..:)) aku tekad insyaallah untuk buat satu perubahan besar dlm hidup.Itu janji ku!:),Sebab itulah impian yang iffah nak genggam selama ni..<3 <3 <3.


suka sangat lagu ni.:).
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu
Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way
“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)
COPYPASTE FROM ALLAHSEEKER.BLOGSPOT.COM
.Dunia ini adalah tempat persinggahan dimana kita adalah diibaratkan seorang pengembara.Ingatlah wahai sahabat semakin sibuk kita dengan urusan dunia,semakin Allah mahukan kita sibuk dengan menghadap Nya kerana Itulah tanggungjawab kita padaNya sejak azali .:)
1.Barangsiapa yg suka duduk dengan orang kaya,akan ditmbahkan rasa cinta kpd dunia.
2.Barangsiapa yang suka duduk dengan orang miskin,dijadikan Allah SWT baginya rasa syukur dan redha kepada Allah SWT.
3.Barangsiapa suka duduk dengan wanita(bukan mahram), akan ditambah syahwat dan kebodohannya.
4.Barangsiapa suka duduk dengan kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya main-main dan bergurau-senda.
5.Barangsiapa suka bersama dengan orang fasiq, ia menjadi lebih berani berbuat dosa dan menunda taubatnya.
6.Barangsiapa suka bersama orang-orang soleh, bertambahlah keinginannya untuk taat kepada Allah SWT.
7.Barangsiapa yang suka bersama para ulam’a, akan bertambah ilmu dan waraknya.
1.jika seseorang itu boleh menghabiskan sebuah novel cinta hanya dlam satu malam,bagaimana pula dengan al-quran yang hanya satu muka surat dalam 1 hari?
2.jika seseorang itu boleh menonton wayang dari shah Alam ke the curve,bagaimana pula dngn ke masjid hanya 5 kilometer dri rumah?
3.jika sseorang mampu mengumpat selama 1 jam yg dirasakan singkat,bagaimana pula dengan mendengar ayat bacaan al-quran yg diluangkn selama 15 minit yg dirasakan lama?
4.jika sseorang itu mempunyai janji temu dngn sahabat yg didahulukan,bagaimana pula janji temunya pada Allah yg telah dikemudiankan?
5.jika seseorang sanggup mmbuat asigment selama 1 hari suntuk tanpa henti,sanggupkah seseorang beribadah pda Allah hnya separuh dari 1 hari trsebut?
6.jika novel cinta itu dikatakan novel yg paling best yg pernah dibaca,percayalah al-quran itu adalah novel yang tiada tandingannya kerana al-quran adalah lebih berkali ganda dan yang paling terbaik sebenarnya!
7.jika kita berpuasa selama 1 bulan dirasakan penat dan xtahan,bagaimana pula dengan orang miskin yg sepanjang hidupnya terpaksa berlapar dan dahaga?
8.jika kita merasakan diri kita yg terhebat,tahukah anda ada orang yg lebih hebat?
9.jika kita mampu berdisiplin bangun pada pukul 8 pagi sharp untuk pegi ke kelas,bagaimana pula berdisiplin untuk bangun pagi menunaikan solat subuh?
10.jika kita mampu menasihati orang lain,pastikan orang lain juga mampu menasihati diri kita juga.
11.jika kita menegur orang lain,bersedialah untuk ditegur juga.
12.jika seseorang dikatakan melakukan maksiat,jangan dihina mereka,sebaliknya berilah nasihat dan mohon diberi petunjuk berharap akhirnya mereka berubah.
13.jangan dihina seseorang yang disepanjang hidupnya melakukan maksiat,kerana mungkin sahaja di waktu sebelum nyawanya sampai dihalkum dia sempat bertaubat.
14.jangan dihina seseorang yg miskin hartanya,sedangkan ia kaya dengan imannya.
15.jika kita tidk mmpu memaafkan sseorang,fikir2kanlah..sedangkan Allah itu sendiri adalah maha pengampun.
peringatan untuk diri ini juga :)